TERMA & SYARAT
- Jemaah telah divaksin penuh.
- Vaksin yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi adalah Pfizer-BioNTech, Oxford-Astrazaneca, Moderna dan Johnson & Johnson. Bagi vaksin Sinovac dan Sinopharm, perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari salah satu 4 vaksin yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi.
- Penempahan Pakej
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,000 seorang. Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam masa 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Pembayaran terus kepada Qalam Travel Sdn. Bhd. No. akaun seperti di bawah :
5623 5751 5098 | 8602 8501 52
- Syarikat tidak akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sekiranya berlaku sebarang permasalahan berkenaan hotel, tiket, penerbangan dan visa disebabkan jemaah gagal menyerahkan dokumen serta melunaskan bayaran penuh 45 hari sebelum berlepas.
3. Hotel
- Hotel oleh pihak Qalam Travel adalah berdasarkan keselesaan jemaah. Jika berlaku sebarang perubahan, pihak Qalam Travel akan gantikan yang setaraf atau lebih baik.
4. Syarikat Penerbangan
- Pihak Qalam Travel akan menentukan syarikat penerbangan yang akan digunakan untuk jemaah.
- Kedudukan tempat duduk jemaah di dalam kapal terbang adalah di bawah penentuan Syarikat Penerbangan.
- Tarikh pelepasan dan jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan Syarikat Penerbangan.
PAKEJ TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api. Kekosongan bagi kelas perniagaan adalah tertakluk kepada syarikat penerbangan.
- Visa Pelancongan (tertakluk kepada SOP Kementerian Pelancongan Arab Saudi).
- 18 tahun ke atas boleh memohon tanpa perlu kepada mahram,
- Manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
- Visa sah digunapakai selama 1 tahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 90 hari.
- Visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
- Visa Umrah (tertakluk kepada SOP Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi):
- Umur 18 tahun ke atas
- Semua salinan dokumen mahram perlu dilengkapkan dan disahkan.
- Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh visa dikeluarkan.
- Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
- Penginapan, pengangkutan, makan dan minum di Tanah Suci seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
- Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (kebenaran lawatan bergantung kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi dan tertakluk kepada sebarang perubahan SOP semasa).
- Cenderahati seperti mana dinyatakan dalam pakej.
- Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi).
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Kos ujian RT-PCR Covid-19 di Malaysia dan Arab Saudi.
- Kos kuarantin yang melebihi perlindungan insuran Covid-19.
- Kos rawatan dan ubat-ubatan di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi oleh insuran.
- Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter).
- Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
- Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Program lawatan ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
8. Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.
CAJ PEMBATALAN
- Permohonan pembatalan hendaklah dikemukakan secara bertulis. Jemaah yang membatalkan pakej yang telah ditempah adalah tertakluk pada syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan oleh Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:
- [wpdatatable id=8]
- Caj tambahan jika perlu:
- Bayaran penuh pengurusan visa sekiranya urusan visa telah dibuat sewaktu pembatalan.
- Bayaran penuh tambang pelancongan atau surcaj pembatalan sekiranya bayaran penuh telah dibuat untuk tiket penerbangan dan hotel sewaktu pembatalan dibuat.
- Sekiranya jemaah didapati positif covid-19 sebelum berlepas ke Tanah Suci, jemaah perlu melampirkan dokumen yang diminta oleh syarikat bagi urusan bayaran balik. Nilai bayaran balik tertakluk kepada budi bicara pihak-pihak yang terlibat dalam proses bayaran balik
PERKARA-PERKARA LAIN
- Jemaah perlu mendapatkan surat perakuan dari Pegawai Perubatan yang menyatakan kondisi jemaah sesuai untuk lawatan ke luar negara.
- Jika terdapat sakit kronik/alahan sebelum atau sepanjang perjalanan, jemaah dikehendaki memberitahu mutawwif atau tour leader.
- Jemaah juga dikehendaki membawa ubat-ubatan asas dan ubat bagi sakit kronik (jika ada). Ubat-ubatan asas seperti Paracetamol, minyak Mentholated dan sebagainya.
- Sebarang kos yang terlibat dalam perubatan dan rawatan semasa tempoh perjalanan ditanggung sepenuhnya oleh jemaah atau polisi insuran masing-masing.
- PCR sebelum pelepasan dan di Arab Saudi ditanggung oleh jemaah sendiri.
- Proses kuarantin adalah dibawah tanggungjawab jemaah sendiri.