SOP NORMA BAHARU

SEBELUM BERANGKAT (3 BULAN)

  1. PASSPORT – Minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh.
  2. LENGKAP 2 DOS SUNTIKAN VAKSIN
    • Pfizer/Astrazaneca sahaja.
    • Sinovac memerlukan dos tambahan (‘Booster Dose’).
  3. Mengambil ujian swab PCR 72 jam sebelum penerbangan.
  4. Sertai kursus Umrah.
  5. Suntikan vaksin Meningoccocal sekurangnya 14 hari sebelum berlepas.
  6. ‘Download’ aplikasi Tawakalna & Eatmarna dan mempelajari perisian tersebut.
  7. Kemaskini MySejahtera.
  8. Terhad kepada jemaah berumur 18 tahun ke atas sahaja.

SEBELUM BERANGKAT (7-14 HARI)

  1. Sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan jauhi dari kesesakan ramai bagi mengelakkan positif Covid-19 sebelum keberangkatan.
  2. Mengambil ujian swab PCR 72 jam sebelum penerbangan. Kos ujian ditanggung oleh Jemaah.

SEMASA DI LAPANGAN TERBANG KLIA/DI DALAM PESAWAT

  1. Bawa bersama dokumen penting untuk daftar masuk penerbangan.

    • Passport

    • Keputusan ujian swab PCR (72 jam sebelum penerbangan)

    • Salinan sijil vaksin lengkap dua dos (di dalam MySejahtera)

    • Sijil Muqeem / ‘Arrival Registration’

    • Visa

  2. Sentiasa memakai pelitup muka / ‘mask’ di KLIA dan di dalam pesawat.

SEMASA TIBA DI ARAB SAUDI

  1.  Ketibaan jemaah akan disambut secara rasmi oleh Tour Leader Arab Saudi.
  2. Membeli ‘SIM CARD’ Saudia bagi memudahkan pendaftaran Tawakalna dan Eatmarna.
  3. Pendaftaran ke Raudhah dan urusan menunaikan umrah kali pertama akan diuruskan oleh Tour Leader. Pendaftaran kedua dan seterusnya boleh dibuat secara peribadi di Eatmarna.
  4. Memohon untuk dikuarantin di rumah (7-10 hari) sebelum pulang ke Malaysia. Layari https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal/index 
  5. Satu bas hanya memuatkan 25-47 orang sahaja.

SEMASA TIBA DI LAPANGAN TERBANG KLIA

  1. Mengisi maklumat ‘HOME SURVEILLANCE’ (HSO) di MySejahtera sebaik tiba di KLIA.
  2. Bawa bersama dokumen penting untuk di daftar di kaunter KKM (di hadapan kaunter imigresen):
    • Keputusan ujian PCR yang dilakukan di Saudi.
    • Salinan sijil vaksin.
    • Permohonan HSO
  3. Ujian PCR dilakukan di KLIA dan diberikan gelang ‘pink’ atau warna yang bersesuaian oleh KKM. Kos ujian adalah percuma.
  4. Kenderaan awam seperti teksi dan lain-lain dibenarkan dengan surat kebenaran KKM.
  5. Bas pelancongan juga dibenarkan sekiranya tidak bercampur dengan penumpang lain.
  6. Jemaah melakukan kuarantin kendiri selama 7 hari dan ujian swab PCR dilakukan sekali lagi pada hari ke-5 setelah pulang. Gelang akan dipotong pada hari ke-8.